Sunday, July 19, 2009

Peta Lokasi Kg Suasa


Profil Kg Suasa



Nama Kampung :
Kampung Suasa

Daerah :
Beaufort

Kawasan DUN :
N.27 Lumadan

Kawasan Parlimen :
P.178 Sipitang

Daerah Mengundi :
Suasa

Keluasan Kampung :
4.235 ekar

Jumlah Penduduk :
1021 orang

Jarak dari Pekan Beaufort :
25 km

Kelompok kampung yang terlibat :
Kg Lalangut
Kg Kaundo
Kg Petani (Skim Padi)
Kg Mangkutong
Kg Nabahan
Kg Karamis

Ekonomi
a. Petani - 60%
b sekstor swasta - 15%
c kerajaan - 10%
d nelayan - 10%
e Lain – lain - 5%

Purata anggaran pendapat isi rumah (sebulan) :RM 500.00

Kemudahan Awam
Sekolah : Sekolah Rendah Kebangsaan Suasa
Masjid : 1 Buah
Surau : 1 Buah
Dewan Masyarakat : 1 Buah
Balai Raya : 1 Buah
Kedai runcit : 2 Buah
Lain -lain : Bekalan elektrik, bekalan air bersih, jalan raya, gelanggang sukan (sepak takraw, badminton dan bola tampar) dan padang bola.

Sejarah Kg Suasa

Sejarah Kg Suasa bermula apabila nenek moyang meninggalkan khazanah alam yang sangat bernilai umpama sebutir suasa yang keluar dari perut bumi.Suasa merupakan salah satu bahan galian yang amat bernilai.

Dari sebuah kawasan perkampungan yang tidak bernama dan hanya dikelilingi hutan belantara tanpa kemudahan asas dan jaringan perhubungan yang sempurna. Namun hasil penat lelah nenek moyang mengali sebatang sungai sepanjang 3 km yang menghubungi sungai Padas dengan kampung mereka telah membuka satu lebaran baru dalam kemajuan kampung.

Dengan adanya sungai tersebut, penduduk kampung yang pada masa itu cuma beberapa orang sahaja tidak perlu lagi berjalan kaki berbatu – batu jauhnya untuk ke sungai Padas bagi mencari rezeki. Mereka hanya menggunakan perahu dan ini ternyata banyak membantu mereka dalam meningkatkan hasil pendapatan. Pendek kata sungai tersebut diumpamakan sebutir suasa kerana kepentingannya yang banyak membantu penduduk kampung dalam proses menangkap ikan, menebang pokok, membina rumah, memburu binatang, malahan sungai tersebut juga amat penting untuk proses kehidupan harian penduduk kampung seperti memasak, membasuh dan juga mandi. Kerana kepentingan itulah sungai ini dinamakan sungai Suasa.

Berdasarkan nama sungai Suasalah maka nama kampung mereka juga di kenali sebagai Kg Suasa yang menunjukkan kepentingan kampung kepada masyarakat setempat. Sehingga hari ini Kg Suasa telah berkembang dan menjadi salah satu kawasan perkampungan yang banyak mengeluarkan hasil pertanian.

Kewujudan sungai Suasa masih dapat dilihat hingga sekarang dan merupakan lambang sejarah yang masih terpelihara sehingga sekarang malah hingga kehari ini sungai Suasa masih memainkan peranan yang penting dalam proses kehidupan penduduk Kg Suasa.