Dari sebuah kawasan perkampungan yang tidak bernama dan hanya dikelilingi hutan belantara tanpa kemudahan asas dan jaringan perhubungan yang sempurna. Namun hasil penat lelah nenek moyang mengali sebatang sungai sepanjang 3 km yang menghubungi sungai Padas dengan kampung mereka telah membuka satu lebaran baru dalam kemajuan kampung.
Dengan adanya sungai tersebut, penduduk kampung yang pada masa itu cuma beberapa orang sahaja tidak perlu lagi berjalan kaki berbatu – batu jauhnya untuk ke sungai Padas bagi mencari rezeki. Mereka hanya menggunakan perahu dan ini ternyata banyak membantu mereka dalam meningkatkan hasil pendapatan. Pendek kata sungai tersebut diumpamakan sebutir suasa kerana kepentingannya yang banyak membantu penduduk kampung dalam proses menangkap ikan, menebang pokok, membina rumah, memburu binatang, malahan sungai tersebut juga amat penting untuk proses kehidupan harian penduduk kampung seperti memasak, membasuh dan juga mandi. Kerana kepentingan itulah sungai ini dinamakan sungai Suasa.
Berdasarkan nama sungai Suasalah maka nama kampung mereka juga di kenali sebagai Kg Suasa yang menunjukkan kepentingan kampung kepada masyarakat setempat. Sehingga hari ini Kg Suasa telah berkembang dan menjadi salah satu kawasan perkampungan yang banyak mengeluarkan hasil pertanian.
Kewujudan sungai Suasa masih dapat dilihat hingga sekarang dan merupakan lambang sejarah yang masih terpelihara sehingga sekarang malah hingga kehari ini sungai Suasa masih memainkan peranan yang penting dalam proses kehidupan penduduk Kg Suasa.
salam..
ReplyDeletesudah agak membangun kg suasa ini..alhamdulillah..
saya penah berkunjung ke sana kira2 16 thn yang lalu..pada thn 1993, di bawah Program Anak Angkat (ITM Menggatal). masa itu tiada jalan raya, bekalan letrik mahupun air.
saya teringin untuk mengunjungi kg suasa lagi.
harap ada yang sudi berhubung dengan saya, sebelum saya jejakkan kaki ke sabah lagi pada Jan 2010.
email saya: rizsa_97@hotmail.com
kalau ada penduduk asal sana, yang masih mengenal keluarga Jamleh Anor..sila hubungi saya.
masih ingin mengunjungi suasa ...
Delete